Sunday 4 January 2015

Tangguh (Pusi Tepi Tingkap 2 )



Manusia,
Sering kali suka menangguh
Bila ditanya semua diangguk
Bila dilihat seperti pak turut
Segala perintah asyiknya patuh.

Manusia,
Semangatnya tinggi hingga ke puncak
Visinya cemerlang naik mencanak
Senyum terukir membayangkan kemuncak
Kejayaan yang hanya terlakar di ruang petak

Manusia,
Berjayanya mahu namun masih lagi suka menangguh
Sekali di sergah barulah mahu terngaduh
Namun sedarnya masih belum bisa membangkitkannya dari duduk
Sedang fikirannya masih lagi membayangkan kejayaan yang utuh

Manusia,
Untuk berjaya perlulah bangkit
Berdiri berlari kisah lama jangan diungkit
Maralah kehadapan memecut janganlah jalan berjingkit
Kerana kejayaan itu tidak datang bergolek

Manusia, marilah!
Usahlah bertangguh lagi menggenggam cita
Cepatlah usaha mengecap kejayaan yang tercipta
Biar semua membuka mata.






Manusia,
Janganah lagi bertangguh
Sedangkan masa tidak lagi duduknya utuh
Melainkan ia berlalu pantas berpendirian teguh
Tanpa menghiraukan manusia yang masih diulit mimpi.

Nukian : Cahaya Hidup CH
Ahad, 4 Januari 2015 @ 9.12 a.m

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik