Monday 21 July 2014

Countdown : Sebelum bertukar status.



Baca tajuk...baca lagi..dan lagi... So,what? Apa ada dalam fikiran?

Kahwin? No...no...no....

Tapi bertukar status itu sahih lagi pasti,InsyaAllah moga Allah permudahkannya.

ISNIN - 21 July 2014 : Hari kedua terakhir untuk memegang  gelaran 'pekerja' di KFCH .Lepas ni CH bakal bergelar pelajar sepenuh masa nampaknya. Itu jalan yang CH pilih untuk masa ini.InsyaAllah,CH yakin dengan keputusan sendiri tanpa ragu.








Tempoh tiga tahun untuk bergelumang semula dengan buku tidaklah terlalu lama untuk zaman sekarang.Sibuk sana sini,buat itu ini,dah cukup tiga tahun.Tanpa sedar,masa semakin pantas beredar tanpa menghiraukan kita yang masih di atas angan yang entah bakal jadi kenyataan ataupun tidak.

Kalau ada yang berfikir kenapa CH mahu belajar sepenuh masa sedangkan selama ini sudah bekerja,CH akan jawab begini : Belajar itu juga rezeki.Ianya jihad dalam mencari ilmu yang semestinya akan memberi manfaat pada diri sendiri dan InsyaAllah pada orang sekeliling juga.

Pasakkan niat yang kukuh dihati,InsyaAllah Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.Perlu berani untuk mencuba kerana tanpa mencuba kita tak akan sedar setakat mana kekuatan dan keupayaan yang kita mampu capai.Biar gagal selepas mencuba dari gagal untuk tidak mencuba apa-apa langsung,kan?









Doakan perjalanan hidup CH,moga segalanya lancar.

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik