Monday 30 June 2014

Throw back : Lunch SEOUL GARDEN punya cerita



Sejak-sejak TERminat dengan drama sama variety show dari KOREA kan,CH mula la nak menggedik sama.Korang yang baca nak meluat pun takpa.hahahaa....

Kalau dulu,sikit punya tak paham pasal Running Man,tapi sekarang itu la benda yang paling setia CH tonton.Ketulahan la tu namanya........bhahahaa!

Okey,bila dah start minat Korea,segala mak bapak nenek moyang dia semua nak ambik tau.Dah berhajat nak cuti-cuti kat Korea,nyanyi lagu korea,cakap korea.Kebetulan beberapa minggu lepas kan ada deligasi lawatan dari pelajar Inje Universiti of Korea.Rasa tergedik sikit la time tu.

Dan sekarang,tergedik nak merasa makanan dari Korea pulak!Mana taknya,kalau tengok Running Man aje,dah berapa banyak show dorang yang tunjuk makanan.Dah la cara dorang makan kemain kebulur.Macam sedap sangat je dorang punya makanan.Tu yang CH pun teruja nak cuba.

Dan kerana keterujaan itu juga la yang bawa kaki CH melangkah masuk ke SEOUL GARDEN.Ini kedai makan bukan la dekat Seoul Korea tu,Seoul Garden yang ini CH pergi kat The Main Place,shopping mall  yang baru bukak area Subang Jaya,dekat dengan One City tu.

Memula masuk macam tak pasti,tapi bila tengok ada orang Islam yang masuk jugak,CH n the gang pun join sekali....sebab dah niat kan :)

Okey,memula cari tempat dulu dan tunggu menu yang dipesan sampai.Sementara tu,kita ambik gambar kekonon feeling  lunch kat korea.setengah jam dari Puchong.Korang mampu?muahahaa!




Ha-na...dul...set! 



officemates.Makanan baru sampai je tu.berasap-asap muka uoalllsssss......



Meh nak bagitau sikit. Yang dalam hotpot kaler hitam tu menunya nama HOMEMADE DUMPLING HOTPOT.
Yang rupa macam nasi goreng tu namanya KIMGARU RICE dan lagi satu tu NASI PUTIH.

Walaupun korang nampak makanan ni macam sikit je portion dia,kan...tp banyak sebenarnya tu.Standard la makanan korea hidangan cenggini.Kalau tengok dalam drama,memang sebijik.Semua hidangan ni pun memang cukup untuk empat orang makan...Time ni CH n the gang  order air ICE APPLE TEA.Sejuk anak tekak ooooo...

Sekarang kan dah masuk bulan Ramadan.Kalau korang nak cuba makanan korea,boleh la pergi berbuka kat Seoul Garden ni.Gerenti puas hati.Harga pun boleh tahan,sesuai la dengan makanan dan suasana kedai.Semua makanan yang CH order diatas berharga RM 68.

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik