Monday 13 August 2012

"EYRIQAZZ VS DENAIHATI UNTUK SEMUA"








Alhamdulillah,kita masih di beri peluang untuk meneruskan ibadah puasa yang hanya berbaki beberapa hari saja lagi.Kali ni punya Ramadhan,terasa sekejap ler pulak bagi CH......huhuhuhuhu...

Dan biasanya time bulan yang penuh syahdu ni ler CH akan teringat pada insan-insan tersayang yang dah pergi terlebih dahulu meninggalkan CH.Terutama sekali pada arwah abah dan mak CH.Masuk Ramadhan kali ni,dah hampir 7 tahun tanpa mak dan sudah masuk tahun ke-3 tanpa abah di sisi.

Kalau nak cerita bab sedih,tak payah cakap lerrr.Giler tak sedih.Walaupaun CH ni memang sikit punya susah nak nangis,tapi sekeping hati perempuan CH ni tetap merintih hiba bila terkenangkan tiada lagi tangan tua yang   akan CH salam dan cium nanti.Tiada lagi insan yang CH dapat jadikan tempat untuk mengadu,meluah apatah lagi bermanja.

Sekarang,memang kehidupan rasa sepi sangat-sangat.Walaupun orang sekeliling boleh tengok CH seorang yang boleh berjenaka,happy tapi sebenarnya rasa di dalam itu amat berbeza sekali.Serius,rasa macam ni tak akan di rasa melainkan kalau kita telah kehilangan orang yang kita kasihi dan sayangi.

CH tulis entry macam ni bukannya apa.Sakit hati,sedih pun ada bila terbaca akhbar tentang kisah 2 orang anak yang enggan uruskan jenazah ayah mereka.Kalau korang nak baca boleh baca kat SINI . 

Yang diaorang nak adalah kad pengenalan arwah ayah mereka untuk menguruskan hal 10 unit rumah sewa milik arwah.Sadis,kan?Uruskan jenazah ayah tak nak.Kalau harta dia,pandai pula datang tuntut ! Apa nak jadi ni.......... ??

Kita ni sebagai anak,kenalah berbakti pada kedua ibu bapa kita.Diaorang yang melahirkan,membesarkan,memberi kasih sayang dan segala-galanya agar kita mampu menjadi seorang insan yang berguna.Kalaupun tak dapat nak takbur bakti pada negara,taburlah bakti pada kedua orang tua.Kita kena ingat,redhanya Allah itu pada kita (hamba-Nya)terletak pada sejauh mana redhanya ibu bapa terhadap kita,anak-anaknya.
Hurrmmm,entahlah.Semakin lama,makin teruk keadaan manusia ni.Kalau dulu,mungkin kita kata 'mustahil' untuk terjadi tapi zaman ni, 'segalanya mungkin' . 

Eh,pada korang yang nak join contest ni,korang boleh klik banner kat atas nun ataupun pada link yang diberi . Hadiah yang di sediakan boleh tahan lumayan.Antaranya : 

Senarai Hadiah Gempak daripada Penaja:


Tempat Pertama:
  • Percuma Hosting Blog Untuk 5 Bulan
  • Duit Raya RM100.00

Tempat Kedua:

  • Percuma Hosting Blog Untuk 5 Bulan
  • Duit Raya U$D5.00


Tempat Ke-3:

  • Percuma Hosting Blog Untuk 5 Bulan
  • Topup Bernilai RM10.00

Tempat Ke-4:

  • Percuma Hosting Blog Untuk 2 Bulan
  • Topup Bernilai RM5.00


Tempat Ke-5:

  • Percuma Hosting Blog Untuk 2 Bulan

Special Gift:

  • Seutas Jam Tangan Samurai Laser (untuk 2 pemenang)


TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
AHAD (19 OGOS 2012) CEPATTT JOINN !!


“Artikel ini penyertaan bagi Contest Eyriqazz VS Denaihati Untuk Semua ditaja oleh Azri.myIviperhostBeats Enterprise, dan Zuls Effort".

GOOD LUCK ....... !! 

('',) 

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik