Tuesday 26 June 2012

Hargailah Sementara Masih Ada .........

Tadi time CH online kat FB,tetiba ternampak satu video yang boleh buat hati keras boleh jadi lembut,air mata yang dah lama beku boleh cair balik.......... Serius sedih siot.... ! :'(

Jom kita layan sesama video kat bawah ni ............makesure standby tisu banyak-bayak tau......








Dah abis dah tengok ? Sumpah,air mata CH mengalir tanpa sedar.Kesian tengok kucing tu...........
Punca Kucing ni tak dapat melihat tak pulak CH tahu.Harap-harap,bukanlah kerana di zalimi oleh manusia yang berhati binatang.

Bila layan sorang-sorang video ni,fikiran dah ingat pada kucing sekor yang ada kat rumah tu.Kalau nak tahu lanjut macam mana CH boleh terjebak bela balik kucing ni selepas bersara dari mengaja kucing empat tahun lalu,korang boleh baca kat ENTRY ni ........

CH mengaku,CH memang tak ada banyak masa yang terluang untuk di habiskan bersama kucing CH yang sekor tu.Selalu je buat-buat tak nampak dia kat penjuru bilik tu,walau pun nampak sebenarnya.......Tapi kadang-kadang bila dah tak larat,memang tak ada mood langsung nak main-main dengan kucing sekor tu.Tapi balik ni,rasa macam nak peluk dia ketat-ketat.......tak nak lepas untuk 10 saat   :) 


Meh sini CH share kan sikit foto-foto kucing yang CH bela yang CH panggil dia 'babasyuk'  =)






Ini memang habit si sekor ni.Pantang nampak CH online,memang dia akan join sekali.Konon-konon dia paham ler tuuu .........




Gambar ni sempat snap sebelum CH pegi office.





1,2,3.........ready for the camera.... ! :P

Naluri CH : Kalau korang nak tahu,CH ni memang cepat sangat tersentuh kalau ada binatang yang teraniaya.Serius tak boleh tengok,dan tak boleh dengar.Giler rasa sakit hati plus sedih........huhuhhuhuhuh
Eh,kalau Rasulullah boleh jadikan kucing sebagai salah satu haiwan kesayangannya,kenapa tak kita,kan ? 
Ok,bye bye ....... ! (^_^)



1 comment:

  1. mesti dah besar dah kucing ni kan..hehe..kucing leo saya tu pun dah makin besar dan buncit..hehe~

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik