Tuesday 6 March 2012

''Sang JUARA :: Mampukah Kita ???''









Korang semua pernah main permainan ''Treasure Hunt''  tak ? Tak kisahlah samada main betul-betul ataupun secara online.Takpun korang cuma pernah tengok je macam dalam rancangan ''Explorace'' di TV3 tu.Pernah?Bagi CH,bermain permainan tu best sebab mampu menguji minda dan stamina kita.Di samping tubuh di uji dengan aktiviti lasak,minda turut bergerak memikirkan jawapan bagi setiap soalan yang di beri.

Bila nama pun dah ''Treasure Hunt'',maksudnya kita kena 'hunt' segala klu untuk mendapatkan jawapan bagi setiap soalan yang telah di berikan kepada kita.Dan setelah itu,barulah jelas untuk langkah yang seterusnya.Tapi dalam perjalanan mendapatkan klu,pelabagi ujian dan cabaran yang diberikan,bukan?Kena terjun lumpurlah,mandi sabun,makan benda-benda pelik.takpun terjerut diri ke atas pokok.Itu belum masuk bab yang kena pegang binatang-binatang yang cukup 'menyeramkan' dan 'menggelikan' seperti ular,harimau.Takpun macam pacat ke,lintah ataupun cacing.Scary,kannnnnnnnnnnnnnnn ?? 

Dalam pengembaraan untuk mengumpul kesemua klu yang perlu di cari,kita juga boleh mengaut seberapa banyak point sebagai mata tambahan yang mana ianya akan mempengaruhi pemarkahan kita nanti di hujung pertandingan.Dengan markah tersebut,barulah kita dapat mengetahui di mana kedudukan kita.Samada juara,naib juara atau sekadar yang ke-3 sahaja.Tapi semua orang mengimpikan 'JUARA',bukan?Barulah berbaloi segala penat-lelah kita dalam pengembaraan memburu 'juara' Jadi,usaha haruslah di gandakan dari peserta yang lain.Betul tak?

So,apa yang dapt kita simpulkan di situ???
Sebenarnya,hidup kita di dunia ini juga sama macam permainan ''Treasure Hunt'' tu.Setiap dari langkah kita di muka bumi ini,kita sentiasa di uji dengan pelbagai cabaran dan rintangan.Hanya mahu menguji sejauh mana kekuatan iman di hati kita.Dan seteguh mana rasa yakin kita terhadap-Nya.Bukan untuk membebankan kita,jauh sekali menyeksa.






Dalam perjalanan hidup yang serba singkat melalui segala cabaran,jangan lupa mengaut seberapa banyak 'point' pahala sepanjang laluan yang kita gunakan.Gunakan segala apa yang ada untuk menyapu bersih segala pahala yang ada.Kerana di akhir perjalanan nanti,jumlah pahala itu yang bakal menentukan di mana tempat kita.Terus ke Syurga,ataupun ke neraka dahulu sebelum ke syurga.Takpun,adakah kita akan terus kekal di neraka??Nauzubillah..........minta di jauhkan.

Tumpuan destinasi kita hanya satu sahaja.Akhirat.Di sanalah kehidupan sebenar kita akan bermula.Apa,bila dan bagaimana hanya akan terjawab bilamana kita menamatkan perjalanan hidup ini.Moga kita mampu mengakhiri pengembaraan hidup ini dengan bekalan 'point' pahala yang banyak, berbaloi dengan usaha kita menempuh segala dugaan yang di beri.Semoga kekuatan Iman kita mampu menjadi benteng diri dari di jilat api neraka.

Naluri CH : Kita cuma manusia biasa.Yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan yang mengundang dosa.Mungkin kita punya matlamat yang sama iaitu 'Syurga' tetapi 'usaha' kita itu yang membezakan keputusan yang bakal kita terima kelak.
Syurga dan Neraka.........yang mana pilihan hati ??? Jangan sampai tersalah langkah sehingga kita tidak lagi punya pilihan untuk memilih.......... 





4 comments:

  1. betol jugak kan.banyak dah dugaan yang kita lalui dan yang bakal kita tempuhi.. insyallah.. semoga syurga lah tempat kita.. dunia hanya sementara..

    ReplyDelete
  2. apa-apa pun kena fikirkan destinasi pilihan kita nanti di mana.

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik