Monday 5 March 2012

Lima Negara Paling MISKIN ??? Benarkah ???



Assalammualaikum.
Lately sangat jarang CH update blog.Ya,di sebabkan kekurangan masa yang ada dan juga akibat dari minda yang 'blur' ,better tak payah tulis apa.Nanti kalau tulis jugak,mahu entry merepek yang keluar nanti.Tak pasal-pasal je boleh cetus kontroversi...........Hahahahahaha
So,hari ni CH ada sikit masa,better CH kongsikan serba sedikit maklumat yang ada,kan?
Enjoy,okay..........!!!  =)





5. Pakistan - Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!


 

4. Filipina - Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60 manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di universiti tempatan untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan = RM135. 




3. Argentina - Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan dramatik daripada negara paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan kulit seperti jaket dan dompet boleh  didapati dengan harga hanya satu pertiga daripada nilai yang dijual di negara lain.



2. Zimbabwe - Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia selepas sistem kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai matawang Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram daging lembu berharga RM1.80.
 


1. Paraguay - Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara ini.


Naluri CH : Walau di mana kita berada,bersyukurlah.Duduk di Malaysia pun terbaik jugak,kannnnnnnnn ???

3 comments:

  1. salam;
    pada entry rakan blogger yang lain ada buat entri negara paling kaya di dunia,malaysia tidak tersenarai dan negara paling miskinpun malaysia tidak tersenarai...maknanya kita serdahana.

    ReplyDelete
  2. @Yusuflaili : iye ke?kasi link.nk baca.......
    :)Alhamdulillah kita di Malaysia....

    ReplyDelete
  3. Haa tulah,cukup2lah perangai orang Malaysai yang suka sangat tunjuk perasaan bila ada apa2 yang tidak cukup,da mulalah bersyukur..kan?..
    BTW,suka blog ni..I follow here,,;D

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik