Monday 6 February 2012

Telekung Buat Mama :: Perspektif Fikiran Kanak-Kanak

Salam Maulidur Rasul buat semua.Saat ini CH berada di kampung menghabiskan masa cuti di sisi keluarga.Tiada aktiviti yang khusus di lakukan,cuma perkara biasa.Namun,berada di samping keluarga,semua yang di lakukan terasa istimewa.


Seperti biasa,jika hari cuti bersempena dengan perayaan ataupun cuti peristiwa,pastinya kita akan di sajikan dengan pelbagai rancangan menarik untuk tontonan di televisyen.Tidak terlepas juga untuk cuti peristiwa Maulidur Rasul ini.Banyak drama tempatan yang di tayangkan saban waktu,yang mana pastinya mengandungi pengajaran yang mampu menginsafkan hati kita yang keras dengan dosa ini,walaupun insafnya cuma sebentar.


Sekadar hiasan


Dan malam ini,jam 9 malam giliran drama ''Telekung buat Mama'' pula mengambil tempat untuk di tonton.Walaupun belum di siarkan,tapi rasanya kita mampu meneka bagaimana jalan ceritanya,bukan?Drama melayu................... hampir semua plot kisahnya sama sahaja.

Tapi apa yang CH mahu bicarakan bukanlah berkaitan jalan kisah drama tersebut tetapi tentang tajuknya iaitu ''Telekung Buat Mama" .
Apa yang mampu anda semua tafsirkan tentang tajuk drama tersebut?Bagi kita yang sudah dewasa,tajuk itu kelihatannya biasa.Pemahaman kita adalah  " Telekung Untuk Mama '' ,kan?

Tapi,bagi penerimaan anak-anak kecil lingkungan umur tiga ke lima tahun,apa yang mampu mereka fahami? Sebenarnya idea ini datangnya dari anak buah CH yang sedang menonton iklan drama tersebut.Si kecil yang bernama Siti Aisyah tiba-tiba mempersoalkan tentang tajuk drama tersebut.Dia bertanya kepada seisi yang ada dengan soalan yang lebih kurang begini : ''Mak,telekung tu ada tangan ke?'' Tanya si kecil. Kami berpandangan.Hairan mengapa soalan seperti itu yang keluar dari mulut anak kecil berusia 3 tahun itu.''Lalu CH bertanya,kenapa Aisyah tanya macam tu?'' Soal CH kembali padanya.

''Yelah, telekung buat mama.Telekung tu ada tangan ke sampai dia nak buat mama??" Soal si kecil lagi........ Ok.CH faham sekarang.Penerimaan kita sebagai seorang yang dewasa dengan apa yang di fikirkan oleh anak-anak kecil yang mana mindanya masih suci,bersih adalah jauh berbeza sama sekali.

Si anak kecil yang masih mentah untuk tahu tentang erti kehidupan akan menerima sesuatu itu secara bulat-bulat dan lurus.Bukan seperti kita yang sudah dewasa,kata-kata penuh dengan muslihat dan tipu daya.Anak-anak kecil ibarat kain putih yang bersih dan suci,apa yang di ajar,di lihat.........itulah penerimaan mereka.

Oleh itu,sebagai seorang yang dewasa,kita perlu tunjukkan contoh dan teladan yang betul untuk anak-anak.Jangan fikir mereka tidak faham apa yang kita bicara serta lakukan.Malah,pemikiran dan ingatan kanak-kanak ini jauh lebih baik dari kita yang dewasa,menginjak ke peringkat tua.........

Naluri CH : Ermmmm,ada betulnya juga apa yang di soalkan oleh anak buah CH tu. Kenapa telekung tu nak buat mama,kan?Hehehehehehe
Pemikiran mereka kreatif.Tidak seperti kita yang tidak mampu untuk berfikir maksud yang di sebaliknya.
Rasanya tajuk drama tu perlu di tukar kepada  ''Telekung Untuk Mama " .

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik