Monday 5 December 2011

Berjimba-Jimba Di Hujung Minggu

Salam sayang dari CH buat kawan-kawan semua.Lately CH dah jarang-jarang update blog,kan?Masa yang ada tak menentu.Nak lagi bila datang encik MALAS,memang apa pun tak jalan.

Btw,hari ni CH nak kongsikan aktiviti yang CH lakukan di hujung minggu semalam.Semua orang pun tahu kan yang Karnival Jom Heboh menutup tirainya untuk tahun 2011 di Stadium Bukit Jalil,semalam.So,CH ambil kesempatan waktu yang ada untuk bawa anak buah CH sempena cuti sekolah ni.

Boleh di katakan sehari suntuk jugalah CH menghabiskan masa di sana.Ada pelbagai pameran booth seperti PTPTN,KWSP,Maybank,Kementerian Pelajaran Malaysia,Takaful Insurans dan Perodua yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan pengetahuan yang berguna untuk menambah ilmu.

Disamping itu juga,booth yang lain masih tetap setia bersama Karnival Jom Heboh seperti booth vitagen,Manggi,Potato Chip,Marygold,Ribena dan lain-lain lagi.

Dan seperti biasa booth yang ada artislah yang paling laku dan ramai pengunjung sekali.CH dan juga anak buah juga tak ketinggalan.Maklumlah,bukannya selalu pun,kan?Dan kalau nak tahu,booth cerekarama dan Lestari yang paling mendapat tempat.SEBAB? Ada hero drama Cinta Elisa kat situ,siapa lagi kalau bukan Johan As'ari  a.k.a Aril ...........huhuhuhuhu

Bukan itu saja,pelakon lain pun ada jugak seperti Talha , Adam Shah,Eira Syazira,Zarina Zainoordin dan lain-lain.Para pelakon drama Tentang Dhia pun ada seperti Irfan Roslan,Liza Abdullah,Ako Mustapha dan pelakon sampingan yang lain.

CH pulak memang suka sangat-sangat menonton drama ''Tentang Dhia'' dan ''Cinta Elisa'' . Mestilah time tu seronok je dapat jumpa para pelakon semua.............. ;)

Korang semua boleh jamu mata tengok antara foto yang sempat CH ambik untuk di kongsikan.Tapi ini hanya sebahagian saja.Tak payahlah banyak-banyak ,ok ? Hihihihihihi


Ini time sengal-sengal belaka.Kelakar jugak si ''Aril'' tu

Bersama dengan pelakon 'Cinta Elisa' - Adam Shahz


Hotlink - Persembahan dari Sofazr,Akim AF7 dan Tomok.

Bersama pelakon ''Tentang Dhia'' - Irfan Roslan @ Rafi
So,inilah antara foto yang dapat CH kongsikan.Sehari menghabiskan masa di karnival,penat gilerrrrr lah...........!! Macam nak tercabut kaki ni pun ada jugak......huhuhuhuhu

Ok, itu ajelah yang CH nak kongsikan.InsyaAllah,minggu depan CH akan pergi jalan-jalan makan angin lagi.Nak tahu kat mana pula pilihan destinasi?Tunggu jelah nanti ya........... ;)

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik