Thursday 10 November 2011

I-Pad 2 FREE di sini.....!!!

Memandangkan CH seorang yang amat-amat giler dengan novel,so CH terasa macam nak join contest yang Kakinovel buat.Manalah tahu kalau-kalau ada rezeki CH kat situ,kan? Hehehehehehe...hopefully,ok..... ^___^

Tapi untuk join this contest,ada beberapa perkara  yang perlu  di lakukan.Meh sini korang baca kat bawah ni ye......
Terma dan Syarat:
i. Terbuka kepada umum yang mempunyai akaun Facebook.

ii. Kakitangan Kaki Novel Enterprise dan saudara-mara terdekat tidak dibenarkan mengambil bahagian.

iii. Peserta perlu menjadikan poster peraduan ‘Oh Menarik Giler!! (Poster berwarna Ungu)’ sebagai gambar profile mereka bermula 8 November 2011.



 iv. Peserta perlu membuat pembelian online atau wang pos dengan KN pada tempoh 8 November 2011 sehingga 30 Disember 2011.

v. Pihak kami akan mengemukakan soalan dalam masa 24 jam sehari dan 7 hari seminggu bermula 1 Disember 2011 sehingga 30 Disember 2011.

vi. Soalan yang dikemukakan tidak perlu dijawab serta merta di dalam Facebook tetapi peserta perlu mengumpul soalan yang diberikan sebanyak 30 soalan iaitu 1 soalan setiap hari.

vii. Jawapan-jawapan yang telah dikumpul perlu di hantar ke email peraduanipad.kn@gmail.com berserta:
a. BUKTI BAYARAN PEMBELIAN (nama pembeli, tarikh belian, jumlah bayaran, dan tajuk novel),
b. COGAN KATA. Saya suka membaca novel KN kerana……………. (tidak melebihi 15 patah perkataan)
c. BUTIRAN DIRI (nama, alamat, no telefon dan pautan di fb)

viii. Setiap peserta hanya layak menghantar SATU penyertaan sahaja. Jika didapati ada peserta yang menghantar lebih dari satu penyertaan, kami akan menilai penyertaan yang pertama sahaja.

.
ix. Tarikh tutup penyertaan adalah 6 Januari 2012. Penyertaan selepas tarikh tutup penyertaan tidak akan dilayan.

x. Jika ramai peserta yang menjawab soalan dengan tepat, pihak kami berhak memilih 3 peserta yang bertuah berdasarkan COGAN KATA TERBAIK.

xi. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan sama ada melalui surat, emel, telefon, faks, Facebook, blog dan lain-lain tidak akan dilayan.


PERHATIAN: PESERTA YANG INGIN MENGAMBIL BAHAGIAN MESTI MEMATUHI SEMUA TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.. (^_^)

So,pada teman-teman yang memang minat sangat-sangat dengan novel terbitan Kakinovel,sure tak ada masalah,kan??Apa lagi,jom ler join.
Anggap je ini just untuk suka-suka.
Good luck pada yang nak join sama tu......
Anything,korang boleh rujuk di sini . Harap maklum......



No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik