Friday 15 July 2011


Assalammualaikum ….

Salam pagi Jumaat semua .

Masuk hari ni , sudah lima hari saya tak update  , buka , atau jengah blog . Maklum lah , tengah dalam mood bercuti  , balik kampong . So, memang balik pun tak bawak  lap top . Mahu aman – aman saja. Tapi saya tahu , tak ada sapa yang kisah pun kalau blog tak update ….. kan , ?

Dalam selama bercuti tu , macam – macam perkara yang terjadi . Banyak juga yang saya dapat pelajari sepanjang melayari hari – hari cuti saya . Tak sesuai rasanya untuk saya ungkap kan di sini , biarlah saya simpan sendiri kemas – kemas dalam hati kecil saya  ni ….. Saya cuma kongsi kan sedikit dengan orang – orang yang terdekat dan rapat dengan saya .

Dalam masa sesingkat hari bercuti saya itu , saya semakin mula mengenali apa erti nya hidup , kasih sayang , perhatian , ambil berat  . Terima kasih pada insan – insan yang sudi membantu dalam melancar kan lagi  urusan  saya .  Budi semua hanya  Allah yang dapat balas . Yang saya mampu lakukan hanya lafaz ucapan  “Terima Kasih “ . Tak sangka , walau sudah  lama tak bertegur sapa , tak bersua muka , ada yang masih ingat pada saya . Dengan ringan hati insan – insan ini menghulurkan bantuan . Terharu rasa di hati saat ini ……

Seminggu yang lepas , fikiran asyik berlegar – legar tentang ujian yang bakal saya hadapi  untuk kelayakan jawatan . Selasa tadi , berakhir nya ujian tersebut . Walau terpaksa menjawab soalan dalam keadaan yang kelam kabut jugak , tapi Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar . Bayang kan sebanyak 50 soalan perlu di  selesai kan dalam masa 25 minit sahaja .  Soalan yang sudah tersedia memang sudah cukup untuk buat kepala migraine .

Tapi , walau apa pun , ujian tersebut telah selamat saya hadapi . Saya sudah berusaha , Jadi nya lepas ini saya perlu berdoa dan tawakkal pada ketentuan – Nya ….. Lepas ni saya perlu memikir kan ujian yang kedua dan terakhir untuk tahun ini , InsyaAllah .  Moga – moga Allah mempermudah kan segala urusan saya hendak nya , amin…..

Rasa – rasa nya semua orang mengimpikan kejayaan atas segala yang di impi kan . Tidak terkecuali saya . Saya mengharap kan agar apa yang saya usahakan selama ini tidak menjadi sesuatu yang sia – sia . Jauh dalam hati ini amat mengharap kan kejayaan  dan semoga saya dapat mengorak langkah terus ke hadapan untuk tahun yang mendatang …..

Ini merupakan 1st time saya ambil cuti selama saya bekerja di office baru . Baru 3 hari menghilang  , hari ni bila masuk semula ke office semua bertanya ke mana saya pergi . Banyak betul spekulasi yang kata saya bercuti sebab bertunang ……  J

Dan kepulangan saya pada hari ini di sambut dengan breakfast free dari Puan Alia yang sanggup berjaga sampai tengah malam menyiapkan cookies dia . Ermmm , boleh tahan jugak sedap cookies tu …..  dan  pagi ni juga saya dapat souvenier  dari Negara kangaroo , Australia ….. Terima kasih pada akak Siti . Ingat juga dia pada saya nih …..  J

So , conclude : 1st day keje saya untuk minggu ni  , Alhamdulillah . Semuanya baik – baik sahaja dan saya mengharap kan ianya berkekalan hingga akhir hayat saya hendak nya ….



<>    <><> <>
BUAT semua  , selamat MENempuh hari – hari anda

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik